comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA : Syafiq Puteh sumbang emas ke-11 Malaysia

Oleh : Hazreen Mubarak

PHNOM PENH: Terjun menambah koleksi pingat emas kedua pagi tadi, sekaligus berada dalam landasan terbaik untuk membolot empat pingat emas yang dipertandingkan di temasya Sukan SEA Kemboja.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, kategori lelaki menyapu bersih penamat podium satu-dua dalam acara 3 meter papan anjal lelaki.

Ia menyaksikan Muhammad Syafiq Puteh menyumbang emas ke-11 Malaysia dengan catatan 377.85 mata

– FOTO : REUTERS

Manakala rakan senegaranya, Gabriel Gilbert Daim merangkul perak menerusi 365.25

Semalam kem wanita raih emas acara sama yang disumbangkan Kimberly Bong.

Loading...
Terkini