
PETALING JAYA: Tidak sampai 24 jam, Terengganu FC kembali ke kedudukan kedua Kumpulan G pada saingan Piala AFC selepas kelab Australia, Central Coast Mariners FC menewaskan Bali United 2-1 di malam tadi.
Kemenangan di arena lawan, di Stadium Kapten I Wayan Dipta itu, menyaksikan Central merampas semula kedudukan teratas mengumpul 9 mata, satu mata di depan Terengganu FC.
Central membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi Alou Kuol namun gol itu cuma bertahan lima minit apabila tuan rumah menyamakan kedudukan hasil percubaan Jefferson Assis.
Sepakan penalti minit ke-64 yang disudahkan Marco Tullio menjadi pemisah buat Central membawa pulang mata berharga.
Apa yang pasti persaingan dua tempat teratas Kumpulan G akan berterusan di antara Central dan Terengganu FC berbaki dua perlawanan.
Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bulan lalu, Terengganu FC menang 1-0.