comscore
Tumpuan :
Sukan

Terengganu FC tanpa tiga tonggak

Skuad Terengganu FC selamat tiba di Sydney untuk pertemuan menentang  Central Coast Mariners FC, Rabu ini. – Foto: Terengganu FC

PETALING JAYA: Terengganu FC meneruskan kempen bagi saingan Piala Konfederasi Asia, AFC dalam keadaan pincang menentang kelab Australia, Central Coast Mariners FC, Rabu ini susulan  kecederaan yang dialami oleh tiga tonggaknya.

Ketiadaan  Azam Azmi, Alif Zakaria dan  Shahrul Nizam Ros Hasni, memaksa Ketua jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner melakukan rombakan di barisan kesebelasan utama, bagi memastikan skuad Penyu berupaya mengutip tiga mata, sekali gus merampas  kedudukan teratas Kumpulan G.

“Hanya Safwan Mazlan (pertahanan tengah) akan mengikut kami, Tetapi beliau juga dalam keadaan cedera. Kami ada dua sesi latihan di sana (Australia). Jadi, sebelum perlawanan saya perlu buat keputusan sama ada beliau boleh bermain atau tidak,” kata Steinbruckner  sebelum berlepas ke Australia semalam.

 

Tambah Steinbruckner,  tanpa skuad utama, beliau yakin anak buahnya tetap akan memberi persembahan terbaik untuk membolehkan skuad Penyu mara ke peringkat seterusnya di Piala AFC.

TFC dijadualkan menentang kelab Central Coast Mariners FC Rabu ini di Industree Group Stadium, Gosford, Australia.

Pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) 20 Sept lepas, TFC mencatat kemenangan 1-0.

Kedudukan terkini Kumpulan G,  Central Coast Mariners FC menduduki tangga teratas dengan sembilan mata, diikuti TFC (lapan mata) Bali United FC (empat mata) dan terakhir, Stallion Laguna FC (satu mata).

Loading...
Terkini