comscore
Tumpuan :
Sukan

Tersingkir awal, Zii Jia akur silap sendiri

PETALING JAYA: Tidak cukup sabar, buat kesilapan mudah, itu antara alasan Lee Zii Jia selepas tersingkir seawal pusingan pertama, kalah kepada pemain Denmark Magnus Johannesen, pada Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia terpaksa akur tewas kepada pemain yang menduduki ranking ke-33 dunia, 15-21, 19-21.

Saya mungkin tidak cukup sabar dan melakukan banyak kesilapan mudah. Pukulan pertahanannya membuatkan saya hilang keyakinan. Secara jujurnya, saya tidak dapat mengawal permainan sepanjang perlawanan berlangsung.

“Magnus bermain dengan sangat baik hari ini, sejak dua tahun lalu dia menghasilkan keputusan yang baik dan berjaya melakukan beberapa kejutan ke atas pemain utama. Dia menunjukkan peningkatan prestasi yang cukup baik,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

Sebagai rekod,  Zii Jia pernah menewaskan Johannesen pada pusingan pertama Terbuka Jerman, Mac tahun lalu yang juga pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pemain.

Prestasi terbaru Zii Jia di Paris pastinya meresahkan menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 apabila dia dilihat sering gagal mempamerkan aksi konsisten.

Selepas ini, Zii Jia akan menumpukan kepada saingan Seluruh England yang dijangka bermula dari 12 hingga 17 Mac ini.

Dia bakal berdepan detik sukar apabila dijadual bertemu pemain nombor enam dunia, Kodai Naraoka seawal pusingan pertama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini