comscore
Tumpuan :
Sukan

Tersingkir, tetapi Klinsmann mahu terus bimbing Korea Selatan

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann ketika aksi separuh akhir Piala Asia menentang Jordan di Stadium Ahmed bin Ali, Al-Rayyan, Qatar. – FOTO: Reuters

DOHA: Sekalipun gagal menepati sasaran mara ke final Piala Asia selepas tewas 0-2 di tangan Jordan, Jurgen Klinsmann bertekad mahu terus membimbing Korea Selatan.

Legenda Jerman itu gagal memenangi hati peminat dan media sejak mengambil alih pasukan lebih setahun lalu dan dijangka akan didesak meletakkan jawatan selepas tersingkir di separuh akhir.

Kehadiran pemain terbaik Asia, Son Heung-min gagal membantu Korea Selatan mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Asia sejak tahun 1960.

Ketika ditanya sama ada dia bersedia melepaskan jawatannya, Klinsmann berkata: “Saya tidak akan melakukan apa-apa.

“Saya bercadang untuk menganalisis kejohanan ini dan berbincang dengan persekutuan (Korea Selatan) berkenaan apa yang bagus dan apa yang tidak.

“Banyak perkara bagus yang kita lihat. Ia pasukan yang sedang berkembang dan masih banyak yang perlu diusahakan menjelang Piala Dunia seterusnya.”

Klinsmann memenangi Piala Dunia sebagai pemain tetapi tidak mencapai kejayaan sama sebagai jurulatih. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini