comscore
Tumpuan :
Sukan

“The Pocket Rocketman” belum mahu mengalah

PETALING JAYA: Berbaki enam bulan sahaja lagi sebelum temasya Olimpik Paris 2024 membuka tirai, tiada istilah mengalah mahupun berputus asa buat jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, meskipun situasi kesihatannya agak membimbangkan.

Justeru beliau mahu segera membuat pemeriksaan penuh berikutan masalah keradangan di bahagian jantungnya.

Ia selepas beberapa simptom seperti sesak nafas, sesak dada dan hampir pitam sebaik menamatkan aksinya pada satu kejohanan di Adelaide, Australia minggu lalu.

Azizul ketika dihubungi berkata, pihak perubatan mengesyaki dia ada masalah perikardaitis.

Perikarditis adalah keradangan di bahagian perikardium yang berfungsi untuk menjaga agar jantung tidak berpindah posisi dan ia boleh menyebabkan cecair berkumpul dalam karung perikardium, dan  secara tidak langsung, cecair berlebihan boleh menghalang jantung dari berdegup dengan betul atau ia menekan pembuluh jantung secara fizikal.

Bagi Azizulhasni, dia mahu perkara ini segera diselesaikan secepat mungkin, lebih-lebih lagi temaysa sukan olimpik paris 2024 kini hanya berbaki enam bulan sahaja lagi.

” Selagi kita tak sampai ke garisan perlumbaan itu, saya takkan berhenti dan terus mencuba because saya ini adalah salah satu cabaran untuk ke Olimpik tapi kena stay positif dengan dugaan dan cabaran itu tapi kita kena take step by step to clear the situation, dalam keadaan sekarang ni kena secepat  mungkin because time are against us,” ujar Azizulhasni

Tiga kejohanan pada asalnya berada dalam perancangan Azizulhasni yang  menawarkan mata ranking untuk ke Paris, namun dia terpaksa melupakan  saingan di Nation Cup Brisbane yang dijadualkan berlangsung 2 hingga 4 Februari ini dan Kejohanan Basikal Trek Asia di India, tetapi dia akan mengambil bahagian Perlumbaan Australian Championship Brisbane sebelum ke Hong Kong untuk satu lagi saingan Nation Cup,  Mac nanti.

Berdasarkan ranking semasa U-C-I, Azizulhasni berada di posisi kelima dunia untuk acara keirin manakala acara pecut, dia menghuni kedudukan ketujuh dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini