comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Tiada BAM tiadalah saya’ – Chong Wei

FOTO: MOM

PETALING JAYA: Meskipun meninggalkan legasi besar selaku pemain terkemuka dunia, perasaan merendah diri tetap menebal dalam diri Datuk Lee Chong Wei setiap kali membicarakan masa depan badminton negara.

Justeru dengan spontan Chong Wei melontarkan ungkapan, ‘tiada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), tiadalah Chong Wei’ apabila diaju persoalan mengenai hasrat BAM menagih pengalamannya membantu persiapan pemain kebangsaan,

Mungkin peranannya hanya selaku rakan pelatih, namun bagi Chong Wei ia tetap satu tanggungjawab besar membantu merealisasikan impian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik.

“Tapi BAM sudah cakap dan welcome and saya memang boleh, bantu tiada masalah untuk saya, saya nak dan harap kita punya badminton dapat first gold medal untuk negara kita tahun ini untuk Olimpik la,” ujar bekas pemain nombor satu dunia itu.

Bagaimanapun kata Chong Wei, sehingga kini masih belum ada sebarang undangan rasmi dari BAM buatnya untuk turun ke gelanggang membantu latihan pemain.

Cuma harapan  Chong Wei, sekiranya khidmatnya benar-benar diperlukan BAM, dia akan memenuhi permintaan badan induk itu tetapi dengan syarat, kehadirannya tidak mengganggu program latihan sedia ada yang telah dibuat barisan kejurulatihan diketuai Rexy Mainaky dan Hendrawan.

“Saya akan bincang dengan Rexy dan coach jika betul-betul perlu, saya akan bantu, tiada masalah dan itu satu persiapan juga dan saya akan hadir, ” kata Chong Wei.

Apa yang pasti jauh di sudut hati Chong Wei dia mahu membalas jasa BAM yang membolehkan dia melakar pelbagai kejayaan dan inilah masanya dia mencurahkan segala pengalaman untuk melonjakkan kembali prestasi pemain kebangsaan.

Loading...
Terkini