comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiga ditahan insiden pergaduhan Liga TFL

Tangkap layar video tular pergaduhan antara NAG FC dan KESA FC semasa Liga Bolasepak Terengganu (TFL) yang berlangsung di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di Kuala Nerus pada petang Jumaat.

KUALA TERENGGANU: Seramai tiga individu ditahan dalam insiden pergaduhan melibatkan beberapa individu ketika minit akhir perlawanan antara NAG FC dan KESA FC semasa Liga Bolasepak Terengganu (TFL) yang berlangsung di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di Kuala Nerus pada petang Jumaat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan semalam.

“Tiga suspek ditahan termasuk pegawai dan pemain bola sepak berusia 20an hinga 40an dan Setakat ini kita dah buat tangkapan seramai tiga orang dan mungkin ada tangkapan lain akan dilakukan”, katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu padi tadi.

Jelasnya, siasatan bersabit kes itu dijalankan bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kelmarin, beberapa individu termasuk pegawai pasukan bola sepak cedera dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan TFL di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak, Kuala Nerus.

Pergaduhan itu tercetus sebelum perlawanan antara kelab NAG FC dan KESA FC yang berkesudahan NAG FC mendahului 4-1 pada kejohanan edisi kedua tersebut.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Tatatertib Liga TFL akan menyiasat insiden pergaduhan melibatkan beberapa individu ketika minit akhir perlawanan antara NAG FC dan KESA FC yang berlangsung di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di Kuala Nerus pada petang Jumaat.

Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, siasatan akan dijalankan termasuk meneliti semua laporan sebelum sebarang keputusan dibuat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini