comscore
Tumpuan :
Sukan

UCL: Barca ke pusingan 16, kali pertama dalam tiga musim

Pemain Barcelona meraikan kemenangan ke atas FC Porto pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. FOTO: Reuters

BARCELONA: Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan FC Porto 2-1 awal pagi tadi dan layak ke pusingan 16 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara (UCL) di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi.

Pengendali kelab Sepanyol itu, Xavi menyifatkan kejayaan melayakkan diri ke pusingan kalah mati UCL buat kali pertama dalam tiga musim itu sebagai “satu langkah penting”.

Pemain sayap Brazil, Pepe meletakkan Porto di depan selepas setengah jam namun dua pemain Barcelona dari Portugal, Joao Cancelo (m-32) dan Joao Felix (m-57) menyumbat gol untuk membantu kemaraan mereka.

Kedua-dua bekas pemain Benfica itu menghukum musuh bekas kelab mereka bagi memastikan pasukan kendalian Xavi Hernandez tidak berdepan keaiban tersingkir di peringkat kumpulan seperti dua musim terakhir.

“Hari ini kami amat gembira, ia satu langkah penting dalam projek kami, ia amat positif buat kelab,” kata Xavi kepada wartawan.

“Ia penting, pasukan ini meningkat, kami mengalahkan satu pasukan yang amat bagus, ia satu hari yang benar-benar memuaskan.”

Kekalahan di tangan Shakhtar Donetsk di Hamburg pada perlawanan terakhir mereka di Eropah membuatkan Barca gemuruh, dengan persembahan hambar dalam liga domestik menambah kebimbangan mereka.

Di sebalik dibolosi awal, Cancelo pantas menyamakan kedudukan dan dia mengumpan kepada Felix pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan yang menggembirakan penyokong Barca di Stadium Olimpik di kawasan bukit Montjuic. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini