comscore
Tumpuan :
Sukan

Wai Ching terus cipta kejayaan tawan Scale The Strat

Foto: Wai Ching tawan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu negara, Soh Wai Ching terus mengecapi kejayaan dengan terbaharu mengungguli perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat lewat malam tadi.

Lebih membanggakan, Wai Ching melakukan larian 108 tingkat melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 46 saat sekali gus menyamai rekod terdahulu yang dicatatkan pelari menara dari Mexico, Alexis Trujillo pada 2020.

“Saya akan kembali dengan sasaran 6.30 saat tahun depan!” kata Wai Ching menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya.

Keputusan diraih Wai Ching itu turut mengulangi pencapaian sama dilakukannya pada Februari tahun lalu, namun ketika itu beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 6:57 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing diraih dua atlet tuan rumah, Mark Ewell yang menamatkan larian dengan catatan masa 8:42 saat serta Mark Henderson dengan catatan 8:54 saat.

Loading...
Terkini