comscore
Tumpuan :
Sukan

Yakeb sasar 4,000 ahli hujung 2024

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (dua dari kanan) bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim (paling kanan) dalam Program Yakeb Turun Padang 3.0  di Melaka tahun lalu. – Foto fail Ihsan Yakeb

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan memperbanyakkan program tahun ini dan cuba mendekati bekas atlet seramai yang boleh terutama mereka dari sukan para.

Menurut Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, dengan kaedah serta program dijalankan nanti, pihaknya yakin mereka dapat menambah ahli baharu dan mencapai sasaran 4,000 ahli pada hujung tahun nanti.

“Sekarang Yakeb mempunyai 3,069 ahli dan tahun ini, kami menyasarkan keahlian menjadi 4,000 ribu ahli dan tumpuan lebih kepada kepada atlet para, kerana setakat ini, hanya 185 atlet para mendaftar sebagai ahli.

“Kita akan mengadakan lebih banyak program turun padang, menggiatkan kempen melalui laman media sosial kita. Sebab itu saya rasa kita masih ada ruang untuk kita tambah keahlian yang terdiri daripada atlet para dengan cuba mendekati mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu, Yakeb juga sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak agar mereka dapat bergerak seiring dan yang paling penting dapat membantu nasib bekas atlet Malaysia.

Antara kerjasama yang sudah terjalin adalah dengan Prolintas, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Genting Malaysia dan Dewan Perniagaan Muslim Malaysia (DPMUM).

Sebagai rekod, Yakeb antara badan yang aktif bergerak membantu bekas atlet dalam pelbagai cara sebagai usaha untuk meringankan beban dialami oleh mereka yang pernah berjasa kepada negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini