comscore
Tumpuan :
Sukan

Melaka destinasi ketiga YAKEB Turun Padang 3.0

 

Foto ihsan YAKEB

MELAKA: Selepas kali terakhir aktiviti ziarah bekas  atlet berlangsung di Melaka  pada awal 2020,  program sama terus digerakkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menerusi Program YAKEB  Turun Padang 3.0.

Program yang berlangsung Sabtu lalu menjadikan Melaka destinasi ketiga selepas YAKEB mengunjungi Sabah pada September pada September dan Oktober 2023.

 

Dengan objektif menyantuni dan memberi informasi terkini berkaitan yayasan, program turut menyalurkan sumbangan menerusi Skim Bantuan Khas YAKEB kepada ahli berdaftar di Melaka antaranya; Nekmat Jantan (Tinju), Robert Choe Kim Chwee (Bolasepak) dan Mohamad Syazwan Roshdi (Berbasikal Para).

Selain itu, Program YAKEB Turun Padang 3.0 ini juga menjadi lokasi strategik buat bekas atlet di Melaka untuk mendaftar secara terus sebagai ahli YAKEB selain membuat pendaftaran secara atas talian.

Foto ihsan YAKEB

Menurut Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan ukhwah antara yayasan dan bekas atlet tidak kira normal ataupun para bersesuaian dengan moto mereka ‘Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami… Keprihatinan Anda, Kebanggaan Kami”

“Kami di YAKEB berharap dengan penganjuran program seperti ini, ia dapat menarik lebih ramai bekas atlet untuk berdaftar bersama yayasan memandangkan kami mempunyai 12 Skim Bantuan Khas YAKEB yang boleh dimanfaatkan ahli.

“Selain daripada skim itu, ahli juga boleh menyertai kursus kerjaya dan kemahiran selain beberapa inisiatif lain yang diusahakan bersama dengan pihak swasta dan agensi kerajaan,” kata Datuk Noorul.

Di bawah Skim Bantuan Khas YAKEB, terdapat 12 jenis bantuan yang disediakan antaranya khairat kematian ahli sebanyak RM3,000; khairat kematian suami/isteri ahli (RM500); rawatan perubatan penyakit kritikal (RM20,000); rawatan perubatan penyakit bukan kritikal (RM10,000); rawatan perubatan hospital ahli (RM2,500); bantuan alat sokongan perubatan (RM20,000); bencana alam (RM500) dan bantuan melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma ataupun ijazah.

Program di Melaka kali ini  dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

Selepas Melaka, Program YAKEB Turun Padang 3.0 dijadual mengunjungi negeri Pulau Pinang pada 16 Disember 2023 ini.

Loading...
Terkini