comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia dan beregu wanita Chiew Sien-Pei Jing ke final Terbuka Australia

Foto: BAM

PETALING JAYA: Kesuraman kem kebangsaan selepas dua wakil negara terkandas pada separuh akhir Terbuka Austaralia, kembali ceria apabila perseorangan utama Lee Zii Jia dan beregu wanita Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing memastikan tiket final esok.

Bagaimanapun bukan laluan mudah menuju aksi puncak esok selepas mereka dipaksa bekerja keras oleh lawan masing-masing.

Zii Jia yang menentang pemain Taiwan Lee Chia Hao yang berada di kedudukan ke-37 dunia tersentak dikejutkan dengan kekalahan 10-21 pada set kedua.

Bagaimanapun Zii Jia sebelum perlawanan sudah mengakui waspada dengan peningkatan prestasi Chia Hao yang mengejutkan ‘seniornya’ Chen Chou Tien pada suku akhir.

Set kedua Zii Jia kembali mendapat rentak dan mengheret aksi ke set penentuan apabila menang 21-15.

Pemain nombor lapan dunia itu tidak lagi memberi ruang buat Chia Hao apabila menang 21-10 pada set penentuan pada aksi yang memakan masa 56 minit.

Kejayaan Zii Jia bagaikan memberi inspirasi kepada gandingan wanita Chiew Sien-Pei Jing apabila mengejutkan pilihan ke-3 dari Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.

Pei Jing yang berpasangan bersama Tan Kian Meng dalam acara campuran dan tewas kepada satu lagi separuh akhir pada sebelah pagi nyata masih bertenaga.

Foto: BAM

Set pertama Chiew Sien-Pei Jing menang 21-13 pada set pertama.

Meskipun lawan bangkit 21-18 pada set kedua, pasangan negara tetap fokus meniti set penentuan.

Chiew Sien-Pei Jing memastikan pertemuan menentang satu lagi lawan sukar pada perlawanan akhir esok, pilihan kedua Febriana Dwipuji Kusuma -Amallia Cahaya Pratiwi.

Zii Jia turut berdepan ujian getir, bertemu juga pilihan kedua dari Jepun, Kodai Naraoka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini