comscore
Tumpuan :
Tragedi

Ajal rempuh tong RORO

Foto tular.

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tong sampah ‘RORO’ di Jalan Kampung Datuk Harun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang menunggang motosikal Suzuki 110 maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bukit Rotan ke Assam Jawa.

“Setibanya di lokasi, mangsa disyaki gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh sebuah tong sampah RORO yang berada di tepi laluan terbabit.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher.

Mohd Ambia berkata, laluan di tempat kejadian adalah jalan lurus satu lorong dan rata berturap dan ketika nahas, cuaca adalah baik.

Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini