comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak cedera ringan dilanggar kereta mengundur

 

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanggar kereta mengundur dalam keadaan laju apabila pemandunya tertekan pedal minyak secara mendadak di Jalan Eco Grandeur 1/8, Bandar Puncak Alam, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit memandu kereta Hyundai Elantra turut melanggar pintu hadapan kedai menjual makanan binatang.

Tangkap layar video memaparkan kereta mengundur dan melanggar kanak-kanak perempuan. – Foto tular

Berikutan kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Tekonlogi Mara (UiTM) Puncak Alam sebelum dibenarkan keluar, 8.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, ketika kejadian pemandu kereta dalam perjalanan dari rumahnya ke Jalan Eco Grandeur untuk mengambil anaknya pulang dari tadika.

“Tiba di lokasi, semasa pemandu mahu mengundur untuk memasuki petak parkir, dia dipercayai tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga menyebabkan kereta mengundur dalam keadaan laju.

“Hyundai Elantra itu kemudian melanggar mangsa yang berada di kaki lima kawasan berkenaan dan pintu hadapan premis kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular di laman sosial video kamera litat tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta melanggar seorang kanak-kanak dan pintu hadapan sebuah premis.

Loading...
Terkini