comscore
Tumpuan :
Dunia

 Angka korban gempa bumi Turkiye dijangka cecah lebih 50,000 orang

KAHRAMANMARAS: Angka korban gempa bumi Turkiye dijangka mencecah lebih 50,000 orang.

Ketua Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Martin Griffiths yang baru tiba wilayah teruk terjejas di Kahramanmaras berkata adalah sukar untuk memberikan anggaran tepat kerana operasi mencari mangsa di bawah sisa runtuhan masih giat dijalankan.

PBB pada masa sama menganggarkan, sekurang-kurangnya 870,000 penduduk memerlukan bantuan makanan di Turki.

Manakala 5.3 juta penduduk di Syria pula hilang tempat tinggal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dalam pada itu mendedahkan anggaran jumlah penduduk terjejas akibat gempa bumi itu mencecah hampir 26 juta orang.

Justeru pertubuhan itu merayu bantuan dari masyarakat antarabangsa bagi kutipan dana AS$42.8 juta bagi membantu keperluan sektor kesihatan.

Setakat ini operasi mencari dan menyelamat disertai lebih 32,000 orang, tidak termasuk bantuan lebih 8,000 anggota penyelamat luar negara termasuk Malaysia.

Angka korban pula setakat ini mencapai lebih 28,000 orang dengan 24,600 kematian dicatatkan di Turkiye manakaka lebih 3,500 lagi di Syria. –  AFP

Loading...
Terkini