comscore
Tumpuan :
Tragedi

Deretan enam unit kedai terbakar

FOTO: JBPM

IPOH: Sebahagian daripada deretan enam unit kedai di Jalan Ulu Dedap, Taman Malinja, Kampung Gajah musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, BBP Teluk Intan, Tapah, serta Pasukan Bomba Sukarela dari Teluk Intan, Ayer Tawar dan Pantai Remis bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.55 malam.

Beliau berkata, kebakaran deretan kedai itu menyebabkan beberapa unit kedai runcit dan sebuah kedai perkakasan musnah 60 hingga 90 peratus manakala sebuah lagi kedai perabot terbakar 10 peratus.

Operasi pemadaman api tamat pada jam 3.27 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Loading...
Terkini