comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gangguan bekalan air: Hampir 80,000 akaun pengguna di Manjung dan Perak Tengah terjejas

 

MANJUNG : Sebanyak 79,360 akaun bekalan air di daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air sejak tengah hari semalam selepas paip bagi menyalurkan air tersebut terputus.

Menurut kenyataan Lembaga Air Perak, LAP, Loji Rawatan Air di Teluk Kepayang, Bota, di daerah Perak Tengah telah menghentikan penyaluran air sejak jam 12.40 tengah hari semalam dan dijangka pulih pada Isnin ini secara berperingkat.

Sehubungan itu, LAP telah menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi agihan bekalan air bersih kepada pengguna terjejas.

Gangguan itu melibatkan keseluruhan kawasan Pulau Pangkor, Lumut, Seri Manjung, Sitiawan, Ayer Tawar, Lekir dan Kayan di daerah Manjung.

Di daerah Perak Tengah kawasan terjejas termasuk Seberang Perak, Changkat Lada, Kampung Gajah, Bukit Chawi, Simpang Ranggam dan Hujung Rintis.

“Kejadian itu berpunca daripada pergerakan tanah di muka sauk sehingga mengalihkan kedudukan paip air mentah bersaiz 1,200 milimiter (mm) diameter di dalam tanah menyebabkan paip tersebut putus dan air mentah tidak dapat disalurkan ke loji rawatan air.” kata tambah kenyataan itu.

Loading...
Terkini