comscore
Tumpuan :
Tragedi

Dua Beranak Tersepit Dalam Kereta Maut

BENTONG : Seorang ibu dan anak perempuannya maut, manakala tiga lagi individu cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 41 Lebuhraya Karak-Genting Sempah menghala ke Bentong, di sini, awal pagi hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.14 pagi.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat kemalangan membabitkan dua kereta iaitu Honda City dan Proton Preve,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, terdapat dua wanita yang menaiki kereta Honda City didapati tersepit di dalam kenderaan itu.

“Kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang tersepit itu dilakukan dan mereka kemudian disahkam meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bentong.

“Tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang cedera dalam kejadian itu diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini