comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Maut dirempuh ketika berteduh di pondok

Keadaan Toyota Harrier yang terbabas selepas merempuh mangsa yang berteduh di pondok tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Pan Borneo, Papar. – FOTO: PDRM

PAPAR: Seorang lelaki maut dirempuh Toyota Harrier ketika berteduh di pondok tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Pan Borneo, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 48 tahun yang bermotosikal berteduh di pondok menunggu hujan reda.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata siasatan mendapati pemandu Harrier dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kenderaan berkenaan kemudian terlanggar mangsa yang berteduh di pondok berdepan dengan kedai runcit berhampiran jalan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Kamaruddin berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa parah di badan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini