comscore
Tumpuan :
Super Highlight

Dua maut dalam kemalangan jalan raya

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Dua maut dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi di jalan Kulim-Mahang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mangsa merupakan pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Wira berlanggar dengan sebuah lori.

“Hasil siasatan dapati kereta dipandu mangsa menghala ke Mahang dan memasuki laluan bertentangan selepas melalui selekoh, dan telah melanggar bucu hadapan lori yang sedang bergerak dari laluannya.”

“Pemandu kereta itu didapati tidak mempunyai lesen memandu. Pemandu lori pula ditahan untuk siasatan lanjut”, katanya.

Pemandu dan penumpang kereta katanya mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini