comscore
Tumpuan :
Super Highlight

Hasrat bapa, anak saudara ke bazar Aidilfitri tak kesampaian


Oleh Baharudin Mohamed

MELAKA: Hasrat seorang lelaki dan anak saudaranya keluar berbelanja untuk persiapan Aidilfitri tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Jalan Lendu, Masjid Tanah, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa maut adalah Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, kemalangan turut melibatkan seorang lagi saudara mangsa iaitu penumpang belakang, Azizul Hamis@Jainy mengalami kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu Muhammad Hasraf dari arah Taman Dimensi, Lendu menuju Masjid Tanah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.

“Akibatnya, pemandu dan bapa saudaranya itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang belakang yang juga bapa saudara pemandu cedera parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arshad, mayat kedua-dua mangsa dibawa Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang parah ditempatkan ke Zon Merah hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini