comscore
Tumpuan :
Tragedi

[VIDEO] Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang

FOTO: JBPM

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Tun Aminah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata ,pihaknya menerima panggilan jam 4.10 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan sepasukan 12 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail.”Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati terdapat seorang mangsa lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang.

“Anggota menyelamatkan mangsa menggunakan tali dan masuk kedalam pembentung di mana mangsa tersangkut. Selepas membawa mangsa naik ke kawasan selamat, anggota melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hadir ke lokasi,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa berusia 13 tahun berasal dari Sarawak dan tinggal di flat berhampiran lokasi kejadian. Operasi ditamatkan jam 5.15 petang,” katanya.

Difahamkan, mangsa ingin menyeberang longkang itu, tetapi tidak berjaya dan terjatuh.

Loading...
Terkini