comscore
Tumpuan :
Nasional

Berlagak seperti samseng jalanan tunjuk kad kuasa polis bantuan

Identiti lelaki berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa dalam satu video tular disahkan sebagai seorang anggota polis bantuan sebuah bank.

KUALA LUMPUR: Identiti lelaki tular berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa disahkan sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, video tular berdurasi satu minit 20 saat yang dimuat naik di Facebook, memaparkan perselisihan faham antara dua pemandu kereta di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

“Hasil semakan, pada 30 April, satu laporan polis diterima oleh anggota Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku membabitkan sebuah Honda City yang dipandu secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan mendakwa mangsa mengganggu laluannya tanpa memberi isyarat sebelum mengubah arah.

“Oleh sebab itu, suspek bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya mangsa berhenti.

“Semakan mendapati suspek adalah seorang anggota polis bantuan sebuah bank,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk kepada agensi polis bantuan berkenaan bertugas untuk tindakan lanjut.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Loading...
Terkini