comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis cari penunggang motosikal nyaris digilis treler

NILAI: Dua penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Kilometer 276.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, dekat sini, belum membuat laporan polis.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak petang semalam menunjukkan sebuah treler terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut dan nyaris menggilis kedua-dua penunggang motosikal itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi semalam.

“Kira-kira jam 6 petang tadi, polis mengesan satu rakaman tular berdurasi 1 minit 47 saat di WhatsApp memaparkan kemalangan jalan raya membabitkan dua motosikal.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku jam 4 pagi semalam di KM 276.2 Lebuhraya Plus arah selatan dari Nilai menghala ke Seremban,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kemalangan dipercayai membabitkan Yamaha Y15ZR ditunggang seorang lelaki yang difahamkan gagal dikawal sebelum melanggar sebuah lagi motosikal yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu, penunggang Yamaha Y15ZR terjatuh di lorong paling kanan dan hampir dilanggar oleh treler yang dipandu di lorong kedua dari kanan,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua penunggang dan saksi kejadian masih belum membuat laporan polis.

“Polis meminta agar saksi kejadian terutama bagi individu yang merakam serta pemandu treler yang supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai, Inspektor Zarina Arifin di talian 013-8238336 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini