comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat ibu bapa lepas anak 2 tahun main tepi jalan

Foto tular

SEPANG: Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang tular bermain di tepi jalan raya dan hampir dilanggar kenderaan pada Isnin lalu sudah tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima satu aduan berhubung satu video tular seorang kanak-kanak bermain di tepi jalan di Kampung Semarang, Dengkil, dekat sini.

Sebaik mendapat maklumat, sepasukan anggota digerakan ke lokasi kejadian di kawasan tanah lot perkampungan jam 7 malam pada Isnin.

Semasa kejadian, dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu memantau anaknya bermain di hadapan rumah dan kediaman mereka terletak 70 meter dari jalan besar.

“Namun kanak-kanak itu bergerak laju membawa kenderaan permainannya ke jalan raya dan tidak sempat dikejar oleh ibu bapanya.

“Kanak-kanak berusia dua tahun itu adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya telah mendapatkan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Tambahnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak tanpa diawasi sehingga boleh membahayakan nyawa.

Loading...
Terkini