comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada unsur mistik dalam insiden kanak-kanak pandu kereta sendiri

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Polis menolak tanggapan wujud unsur mistik dalam kejadian seorang kanak-kanak berusia enam tahun memandu kereta sehingga kemalangan di Jalan Bukit Tangga, pada Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata siasatan setakat ini menunjukkan kanak-kanak itu memahami kaedah pemanduan kenderaan motokar.

Kanak-kanak itu menunjukkan bagaimana beliau memandu kereta dalam kejadian pada Selasa. FOTO: Kumaran Rajamoney/Buletin TV3

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati kanak-kanak tersebut mengetahui fungsi pedal minyak dan gear. Pemeriksaan dashcam juga mendapati pemanduan tidak begitu stabil, dengan kadang kala sedikit memasuki lorong bertentangan dan kadang ke kiri dan ke kanan.”

“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat hidupkan enjin apabila diminta. Kita menolak sebarang unsur mistik sepertimana yg ditularkan.”

Kanak-kanak itu katanya, ada dibawa bersama oleh ibu bapanya semasa dipanggiil untuk diambil keterangan di Balai Polis Trafik Langkawi.

“Pihak polis telah menemubual kanak-kanak itu dan telah ditunjukkan bagaimana beliau memandu selain memaklumkan telah mengundur kereta pada malam kejadian.”

Siasatan juga mendapati mangsa bersama adiknya berusia tiga tahun mahu ke sebuah kedai pada jarak lima kilometer, namun terlibat kemalangan pada kilometer ke-tiga.

Shariman membuat kenyataan itu, selepas tular beberapa video yang tular mengaitkan insiden kemalangan melibatkan dua kanak-kanak itu dengan unsur mistik.

Pada malam kejadian, pasangan dua beradik lelaki itu telah memandu kereta sebelum kemalangan.

Ketika kejadian, bapa mangsa sedang tidur manakala ibunya berada di bilik air.

Loading...
Terkini