comscore
Tumpuan :
Tular

Video tular warga emas dibelasah, polis belum terima laporan

Keadaan warga emas yang cedera dipukul selepas disyaki mencuri di sebuah pasar raya, di sini, semalam. – FOTO: Ihsan Pembaca

SEMPORNA: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung video tular lelaki warga emas dipercayai dibelasah sehingga berdarah muka dalam kejadian di sini, semalam.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang individu bersama sekumpulan lelaki menarik baju warga emas itu di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar raya sambil disaksikan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Katanya, setakat ini tiada individu tampil atau sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu.

Berdasarkan video tular itu, difahamkan mangsa didakwa mencuri beberapa barangan termasuk syampu dari pasar raya berkenaan namun disedari kakitangan di situ.

Bagaimanapun, tindakan seorang daripada individu yang mencederakan lelaki terbabit dengan menyepak muka sehingga berdarah mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Allahu, jatuh juga air mata tengok keadaan pakcik tu, apa pun kesalahan dia buat bukan tugas kita untukmenghukum apa lagi disepak terajang macam tu,” kata Nurhana Jul.

“Cukup dengan tangkap, selebihnya serah kepada pihak berkuasa. Kita ada undang-undang bukan ikut perasaan.Siap kau sepak terajang tu Pakcik,” luah netizen lain.

Loading...
Terkini