comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PASCA PRU-15 : BN, PN bertemu bincang kerjasama bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Buat julung kali pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hari ini bertemu dipercayai bagi merungkai kemelut politik negara yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.

Pertemuan di Hotel St Regis, di sini itu bermula petang ini dipercayai bagi membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih Perdana Menteri ke-10.

Ia dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO yang tiba pada jam 2.57 petang.

Ketika ditanya media mengenai mesyuarat apa yang akan dihadirinya, beliau hanya berkata, “Tak tahu lagi.”

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, kemudian tiba di hotel berkenaan pada jam 3.04 petang.

Ia diikuti Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zaimuddin pada jam 3.15 petang.

Petugas media berkumpul di hotel berkenaan sejak jam 10 pagi selepas mendapat maklumat terdapat pertemuan di sini, didakwa antara pemimpin BN dan PN.

Loading...
Terkini