comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Harga simen naik sehingga 2.2 peratus bulan lalu

Foro hiasan

PUTRAJAYA: Indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.1 peratus dan 2.2 peratus bagi kebanyakan kawasan pada Oktober 2023 berbanding bulan sebelumnya.

Namun begitu, terdapat penurunan dicatatkan bagi Perak (-0.2 peratus), Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (-0.3 peratus) serta Johor (-1.0 peratus), demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) yang diterbitkan hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata indeks seunit harga pasir turut merekodkan peningkatan antara 0.6 peratus dan 3.3 peratus bagi beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak seperti di Perak (2.2 peratus), Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.6 peratus), Kuching (2.8 peratus) dan Miri (3.3 peratus).

Beliau berkata, indeks harga seunit bahan ini kekal tidak berubah bagi semua kawasan di Sabah.

“Namun begitu, perbandingan bulanan pada Oktober 2023 mencatatkan penurunan indeks harga seunit besi iaitu antara negatif 0.9 peratus dan negatif 3.5 peratus bagi hampir semua kawasan.

“Selain daripada itu, indeks harga seunit keratan keluli dan logam pula mencatatkan penurunan harga antara 0.3 peratus dan 1.1 peratus bagi hampir kesemua kawasan berbanding September 2023,” katanya.

Mohd Uzir berkata, perbandingan tahunan untuk tempoh Oktober 2022 dan Oktober 2023 menunjukkan indeks harga seunit simen mencatatkan peningkatan antara 2.8 peratus dan 29.4 peratus bagi kesemua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, peningkatan tertinggi indeks harga seunit simen adalah kawasan Kelantan & Terengganu (29.4 peratus) dan diikuti oleh kawasan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (25.7 peratus).

Katanya, indeks harga seunit besi pula mencatatkan penurunan antara 0.1 peratus hingga 5.8 peratus bagi Oktober 2023 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini