comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Taufan Mocha ancam jutaan nyawa penduduk di Myanmar dan Bangladesh

FOTO: Reuters

BANGLADESH: Ribuan penduduk di Myanmar dan Bangladesh dipindahkan susulan Taufan Mocha yang diramalkan melanda tengah hari ini.

Mocha dengan kekuatan angin 240 kilometer sejam bakal membawa taburan hujan lebat

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran banjir kilat, tanah runtuh dan ombak tinggi antara 2 hingga 2.7 meter di kawasan pesisir pantai

FOTO: Reuters

Menurut laman web Al Jazeera, Mocha adalah taufan pertama melanda Myanmar pada musim monsun ini.

Pada masa sama,  Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) menyuarakan kebimbangan terhadap lebih 230,000 penduduk yang menetap di kawasan rendah di Rakhine.

FOTO: Reuters

Dianggarkan enam juta penduduk berada dilaluan Mocha termasuk di negeri Chin, Magway dan Sagaing yang sedia ada memerlukan bantuan kemanusiaan.

Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan ASEAN dalam pada itu turut meberi amaran potensi malapetaka besar dan sedang berkerjasama dengan tentera Myanmar bagi penyaluran bantuan keperluan asas dari Thailand dan Malaysia  – AL-JAZEERA

Loading...
Terkini