comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan pertimbang beri insentif pelepasan cukai bagi majikan tawar kerja anjal

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kerajaan pertimbang memberi insentif cukai kepada majikan bagi menggalakkan penggunaan kaedah aturan kerja anjal bagi pekerja mereka.

Menteri Kementerian Sumber Manusia (KESMUA), Steven Sim Chee Keong berkata khidmat rundingan untuk membimbing majikan dalam melaksanakan aturan kerja fleksibel ini turut ditawarkan.

“Dalam aspek FWA ini, KESUMA melalui agensi ini seperti Talent Corp, Perkeso kita ada memberi khidmat rundingan dan galakkan kepada syarikat-syarikat untuk menggunakan kaedah aturan kerja anjal.” katanya kepada media pada acara Power Chat 3.0 yang dianjurkan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Beliau menambah pekerja juga harus memahami bukan semua jenis pekerjaan boleh diberi keanjalan atau fleksibiliti tersebut.

Peruntukan di bawah Akta Kerja juga tidak mewajibkan kerja anjal. Sebaliknya ia boleh dipraktikkan berdasarkan toleransi antara majikan dan pekerja.

“Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955 adalah satu permulaan di mana kita memberi satu kerangka yang lebih jelas , proses yang lebih jelas . Bagaimana boleh apply, apakah prosesnya. Apa komponen-komponen yang boleh dipohon contohnya masa , hari dan lokasi bekerja secara anjal dan kemudian apakah prosedur untuk mendapat maklum balas daripada pihak majikan iaitu diberi dalam masa tempoh 60 hari dan jika majikan tolak dia harus memberi sebab-sebab kepada penolakkan.” jelas beliau lagi.

Justeru, katanya, kerajaan mengalakkan majikan dan juga pekerja meneroka kaedah-kaedah untuk menambah baik bukan sahaja produktiviti ekonomi negara tetapi juga hubungan pekerjaan dan perusahaan di Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini