comscore
Tumpuan :
Dunia

Cuai akibatkan kematian, pengendali senjata api ‘Rust’ dipenjara 18 bulan

NEW MEXICO: Pengendali senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dijatuhi hukuman penjara 18 bulan berhubung insiden kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins selepas ditembak aktor, Alec Baldwin pada 2021.

Keputusan itu dibuat sebuah mahkamah di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selepas Gutierrez, 27 tahun, pada bulan lalu disabit bersalah melakukan pembunuhan secara tidak sengaja.

Ia apabila Gutierrez tersilap dengan memasukkan peluru hidup ke dalam revolver yang digunakan Baldwin ketika sesi latihan menembak di set penggambaran berkenaan.

Hakim Mary Marlowe Sommer ketika membacakan keputusan bicara menyatakan Gutierrez telah menjadikan alat digunakan sebagai senjata maut

Kejadian tembakan itu turut menggemparkan Hollywood dan merupakan tragedi pertama pada era moden yang melibatkan kru filem terbunuh berpunca daripada kecuaian.

Difahamkan, perbicaraan ke atas Baldwin, 66 tahun, dijadualkan pada 10 Julai depan selepas juri besar juga mendakwa pelakon itu melakukan pembunuhan tidak sengaja pada Januari lalu.

Sebelum ini, aktor terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini