comscore
Tumpuan :
Dunia

Sebilangan penduduk UAE dijangkiti penyakit akibat air tercemar

DUBAI: Penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebilangan kecilnya ada yang mula menunjukkan gejala yang dikaitkan dengan air tercemar susulan hujan lebat dan banjir melanda negara berkenaan.

Memetik laporan oleh Kementerian Kesihatannya, bagaimanapun agensi itu tidak menyatakan jumlah mereka yang terjejas.

Terdapat “sebilangan kes yang sangat terhad yang menunjukkan beberapa gejala terjejas oleh air bercampur” dan mereka menerima rawatan hospital, kata kementerian itu.

Ia juga tidak menyatakan bahawa air itu telah tercemar.

UAE dilanda hujan pada 16 April yang menyebabkan sebahagian negara itu lumpuh, membanjiri beberapa kawasan kejiranan, termasuk di Dubai dan bandar utara.

Empat orang dilaporkan maut dalam banjir.–REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini