ANKARA: Wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeed Iravani mengeluarkan amaran keras kepada Israel mengenai kemungkinan daripada tindakan balas terhadap serangan Iran pada Ahad.
Amir memberi amaran, Israel harus menahan diri daripada tindakan ketenteraan susulan mesyuarat tergempar di Majlis Keselamatan PBB.
Dalam temu bual dengan televisyen Sky News, beliau menolak ancaman Israel untuk bertindak balas sebagai ‘retorik semata-mata’.
“Saya tegaskan, tindakan balas Iran seterusnya akan menjadi lebih ‘keras’,” kata Amir memberitahu Israel juga amat menyedari akibatnya.
Iravani membuat kesimpulan dengan mengulangi amaran ‘Israel tahu apa tindakan balas Iran yang kedua’.
Pada 1 April lalu, Israel melancarkan serangan udara ke atas bangunan konsulat Iran di Damsyik.
Tujuh anggota Kor Pengawal Revolusi Iran (IRG), termasuk dua jeneral terbunuh dalam serangan itu.
Iran mengumumkan serangan konsulat oleh Israel itu adalah sama dengan serangan ke atas wilayahnya dan akan bertindak balas.
Israel juga berkata, ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran.
Pada lewat Sabtu, IRG melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan berkenaan.
Menurut beberapa laporan yang belum disahkan, IRG menembak lebih 300 peluru berpandu dan dron dalam serangan yang berlangsung selama beberapa jam, kebanyakannya dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel.
Bagaimanapun, komander IRG, Jeneral Hossein Salami memberitahu pemberita di Tehran pada pagi Ahad, operasi itu berjaya lebih daripada yang mereka jangkakan.
Sementara itu, spekulasi mendakwa Israel mungkin memutuskan untuk bertindak balas, di mana pakar percaya boleh mencetuskan perang serantau. – AGENSI
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Serangan Iran: Israel minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
- Lebih 300 dron, peluru berpandu Iran sasar Israel
- Serangan ke atas Israel capai semua objektif – Tehran
- Serangan Iran: Pangkalan tentera Israel alami kerosakan
- [VIDEO] Iran mula lancar serangan udara ke Israel
- Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancar serangan dron