comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan Iran: Pangkalan tentera Israel alami kerosakan

BAITULMAQDIS: Salah satu daripada pangkalan tentera Israel mengalami kerosakan akibat serangan ratusan dron dan peluru berpandu oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG), kelmarin.

Jurucakap tentera, Daniel Hagari, berkata lebih 200 dron dan peluru berpandu dilancarkan dari Iran ke Israel dan sebuah pangkalan tentera mengalami sedikit kerosakan dalam serangan berkenaan.

Hagari mendakwa, kebanyakan dron dan peluru berpandu dipintas dan ditembak jatuh oleh tentera udara sebelum mencapai sasaran.

“Berpuluh-puluh pesawat perang dikerahkan untuk memintas ancaman udara Iran.

“Pihak tentera kini berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan serangan Iran,” katanya.

Sementara itu, Komando Barisan Dalam Negeri berkata, tentera mengumumkan penamatan serangan Iran dan keperluan untuk tinggal di tempat perlindungan di seluruh Israel tidak lagi diperlukan.

IRG mengesahkan pelancaran berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu ke arah Israel.

“Serangan itu sebagai tindak balas kepada ‘banyak jenayah’ oleh Israel, termasuk serangan minggu lalu ke atas bahagian konsulat Kedutaan Iran di Damsyik,” katanya.

Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam serangan peluru berpandu ke atas Konsulat Iran di Damsyik pada 1 April, termasuk tujuh penasihat tentera.

Tehran menyalahkan Israel atas serangan berkenaan. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini