comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Ramadan terakhir Nuralya Damia

FAIL MAHKAMAH: Di kala umat Islam meraikan ketibaan Ramadan, nyawa seorang gadis berakhir hanya kerana berpunca daripada sebatang vape.

Fail Mahkamah mengimbau kejadian yang berlaku pada 24 Mei 2018, melibatkan seorang penuntut Kolej Vokasional Port Dickson, Nur Alya Damia Hairi yang maut akibat dibunuh bekas teman lelaki.

Menyingkap rentetan pada malam kejadian, bapa mangsa, Mohd Hairi Jamil mendapati terdapat banyak notifikasi panggilan tidak berjawab di telefon bimbitnya setibanya di rumah selepas menunaikan Solat Tarawih.

Bapa mangsa, Mohd Hairi Jamil

“Saya dapati banyak panggilan telefon daripada sahabat saya. Sahabat kerja saya. Dia ada bertanyakan kepada saya, dapat maklumat daripada anak dia. Sebab anak dia pun adalah pelajar kolej vokasional di sana juga. Jadi dia ada dapat info mesej daripada rakan-rakan dia
mengatakan ada seorang pelajar di sana dibunuh,” katanya kepada Fail Mahkamah.

Bagi si ibu, Hanaiati Yakub pula tidak menyedari kelakuan kali terakhir anak perempuannya agak berbeza berbanding kebiasaan.

Ibu mangsa, Hanaiati Yakub

“Hari terakhir dia balik, semimggu sebelum kejadian, hari yang dia mahu pulang, dia panggil ‘ibu, ibu, bye bye’. Dia tidak pernah berkelakuan begitu.

“Saya kata, kenapa budak ni asyik nak bye bye je kan. Sebab dia bawa kereta kan. Pastu saya
cakap dekat dia jalan jelah, tu jelah,” katanya kepada Fail Mahkamah.

Tidak disangka ia adalah pertemuan terakhir bersama anak perempuannya itu.

Alya yang ketika kejadian berusia 19 tahun dilaporkan ditemui mati dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di dalam kereta oleh bekas kekasihnya sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, jam 10.30 malam pada hari kejadian.

Bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu sebelum itu dan dikatakan bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam, malam ini di TV3 atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini