comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Syurga buat Adam Rayqal

FAIL MAHKAMAH: Dingin namun tidak beku. Itulah keadaan jasad Adam Rayqal Mohd Sufi Naief, yang ditemukan maut dalam peti sejuk selepas dilaporkan hilang pada 31 Julai 2018.

Pada peringkat awal, kes dilaporkan sebagai kehilangan seorang bayi lelaki berusia 5 bulan dari rumah pengasuhnya.

Cemas dan panik adalah punca utama pengasuh mengambil tindakan drastik terhadap bayi tidak berdosa itu, sebelum melaporkan kepada ibu bapa Adam bahawa mangsa telah diambil oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Namun, siasatan rapi dan tindakan pantas pihak polis berjaya menemui beberapa petunjuk yang akhirnya membawa kepada penemuan sebuah beg hijau dalam peti sejuk dalam keadaan mencurigakan.

Peguambela, Mohd Redzwan Yusof

Menurut peguam bela, Mohd Redzwan Yusof, pengasuh tersebut dilaporkan tergelincir ketika memandikan bayi itu, menyebabkan mangsa terlepas daripada pegangan dan terhempas di lantai.

Mangsa kemudiannya meninggal dunia dan pengasuh yang panik, bertindak meletakkan mangsa di dalam peti ais.

Pegawai penyiasat, ASP Mohd Asma Ramdan Mahmood

Menurut pegawai penyiasat, ASP Mohd Asma Ramdan Mahmood, Adam Rayqal telah dibalut dengan kain sarung, sebelum disumbat ke dalam beg berwarna hijau dan dimasukkan dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuh.

“Hampir 5 jam bayi Adam Rayqal diletakkan dalam peti sejuk sebelum dijumpai oleh pihak polis.

“Kematian mangsa dalam kes ini berpunca dari kecederaan pada bahagian dalaman kepala, iaitu bahagian otak mangsa mengalami pendarahan serta keretakan pada tempurung kepala mangsa.

Suspek dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

“Daripada kejadian ini, dia mengatakan dia menyesal. Dia bukannya sengaja. Dia tidak sengaja, dia kemalangan. Kemalangan ini kita tidak boleh duga.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini