comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Suspek kes tembak KLIA didakwa hari ini

Hafizul dikawal ketat oleh polis. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.

“Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok (hari ini),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul Hawari, 38, disambung reman lima hari hingga Sabtu ini.

Tempoh tahanan reman terhadap Hafizul dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi 14 April lalu, dua das tembakan dilepaskan suspek di balai ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun, salah satu das tembakan itu mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam, di sini, selepas 36 jam melarikan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini