comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak kandung berusia 6 bulan

Tertuduh berusia 25 tahun tiba untuk didakwa selepas membunuh anak kandungnya berusia enam bulan di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi. – FOTO: NSTP

BANGI: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, atas pertuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia enam bulan.

Tertuduh, Mohamad Aizat Samin, 25 mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurhidayah Mohd Nawi.

“Saya faham pertuduhan,” sambil mengangguk kepala.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Aysar Wildan iaitu anak kandungnya pada 14 April di sebuah rumah di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 28 Mei depan bagi sebutan kes.

Sebutan itu bagi menunggu laporan kimia, DNA, toksikologi, post mortem dan laporan forensik tempat kejadian.

Tertuduh ditahan pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes kematian bayi berusia enam bulan yang dilaporkan berlaku di rumahnya.

Media kelmarin melaporkan, seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut disyaki menjadi mangsa dera bapa kandungnya.

Penderaan dialami mangsa terbongkar susulan bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Kajang terhadap mayat mangsa yang menemui kesan kecederaan pada kepalanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini