comscore
Tumpuan :
Nasional

14 rumah di Baling terjejas akibat angin kuat

Anggota APM Baling memotong dahan pokok yang menimpa rumah di daerah itu akibat angin kuat yang melanda, petang semalam. – FOTO: NSTP/Ihsan APM

BALING: Angin kuat yang melanda daerah ini petang semalam menyebabkan 14 rumah di empat mukim di sini terjejas dan mengalami kerosakan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz berkata, antara mukim terbabit adalah Mukim Siong, Tawar, Bakai dan Teloi Kanan.

Beliau berkata, APM menerima aduan melalui orang awam pada jam 6 petang berhubung kejadian itu.

“Seramai 15 petugas APM Baling kemudian bergegas ke lokasi yang dimaklumkan dan bertindak membersihkan serta mengalihkan pokok tumbang yang menghalang lalulintas serta pokok yang menimpa rumah mangsa, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan membabitkan mangsa dalam kejadian itu.

Sehubungan itu katanya, orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Selain itu kita turut menerima panggilan berhubung kes pokok tumbang di beberapa kawasan di daerah ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini