comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia akur tewas kepada China pada separuh akhir Piala Thomas

Sze Fei-Nur Izzuddin kecewa gagal beri mata penyamaan tewas kepada He Ji Ting – Ren Xiang Yu. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Perjuangan skuad Piala Thomas negara di Chengdu sampai ke penghujung apabila tewas kepada China 1-3 di separuh akhir sebentar tadi.

Beregu kedua negara gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak bernasib untuk menyamakan kedudukan 2-2  apabila tumpas kepada pasangan He Ji Ting – Ren Xiang Yu.

Bemula baik menang 21-18 pada set pertama, Sze Fei-Nur Izzuddin gagal mengekalkan rentak, tewas set kedua 19-21.

Beregu tuan rumah nyata lebih garang pada set penentuan.

Ji Ting-Xiang Yu yang berada di kedudukan ke-11 dunia itu tidak memberi ruang lagi buat pasangan negara bangkit.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang mendudukki ranking ke-15 dunia akhirnya terpaksa mengalah pada set penentuan 12-21 pada permainan yang berlarutan 63 minit itu.

China sebelum itu mendahului Malaysia 1-0 hasil kemenangan perseorangan pertama Shi Yu Qi ke atas Lee Zii Jia 2-19, 21-5.

Malaysia bagaimanapun menyamakan kedudukan 1-1 susulan kemenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 15-21,21-12,21-17 mengatasi Liang Wei Keng – Wang Chang.

Namun tuan rumah kembali di depan 2-1 selepas perseorangan kedua Li Shi Feng mengalahkan Leong Jun Hao 21-17, 21-10.

Perlawanan akhir esok, China akan menentang Indonesia yang mengalahkan Taiwan 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Loading...
Terkini