comscore
Tumpuan :
Sukan

Separuh akhir Piala Thomas: Jun Hao tewas, China kembali mendahului 2-1

Jun Hao tewas kepada Shi Feng 17-21,10-21 untuk China mendahului 2-1 pada separuh akhir Piala Thomas. – FOTO: : Ihsan BAM

PETALING JAYA: China kembali di depan untuk mendahului 2-1 pada separuh akhir Piala Thomas di Chengdu selepas perseorangan kedua negara Leong Jun Hao tewas kepada pemain nombor enam dunia Li Shi Feng sebentar tadi.

Meskipun harapan tidaklah begitu tinggi untuk melihat kejutan daripada Jun Hao yang berada di kedudukan ke-37 dunia, dia  tetap memberi tentangan.

Set pertama tampak Jun Hao bermula yakin mendahului 7-2 pada satu ketika.

Namun Shi Feng mula memperlihatkan ‘belang’nya apabila bangkit menguasai permainan untuk menamatkan set pertama 21-17.

Senario berbeza pada set kedua menyaksikan pertarungan berat sebelah dengan Shi Feng pantas mendahului 11-0 pada satu ketika.

Cuba bangkit Jun Hao terpaksa menerima hakikat Shi Feng sukar untuk disaingi dan mata kedua milik China apabila Shi Feng menang 21-10 pada set kedua.

Sedang berlangsung beregu kedua, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menentang He Ji Ting – Ren Xiang Yu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini