comscore
Tumpuan :
Nasional

Bumbung dua blok bangunan SK Pandan Sebauh diterbangkan ribut

Keadaan bumbung dua blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pandan di daerah Sebauh, Bintulu yang rosak akibat ribut yang melanda petang tadi. Foto BBP Bintulu.

BINTULU: Bumbung dua blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan di daerah Sebauh di sini rosak selepas diterbangkan ribut petang tadi.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan telah menyebabkan bilik yang terlibat dimasuki air.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata sepasukan anggota dari balai bomba dan penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.31 petang.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kerosakan teruk pada bahagian bumbung dan siling bangunan akibat dilanda ribut kuat dipercayai puting beliung,” jelasnya.

Turut rosak, struktur bangunan, perabot dan barangan elektrik sekolah.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut jurucakap itu lagi, semua murid yang ditempatkan di sekolah terbabit telah dibawa oleh warden sekolah ke tempat selamat.

Beliau turut memaklumkan bahawa insiden ini sudah dilaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini