comscore
Tumpuan :
Nasional

Buruh mati disambar petir

FOTO: IPD Maran

Oleh: Fazli Ahmad

MARAN: Seorang warga Indonesia mati disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kerana hujan lebat di ladang sawit di Felda Jengka 14, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1:30 tengah hari semalam, ketika buruh bersama seorang rakannya berkerja di ladang sawit terbabit.

Menurutnya, mangsa dikenali Kamarudin, 40, berasal dari Lombok, Indonesia dilaporkan berteduh di bawah pokok rambai dan rakan mangsa berlindung di bawah pokok sawit kerana hujan lebat.

Katanya, rakan mangsa mendakwa ketika kejadian dia terdengar bunyi guruh kuat dan cahaya petir terkena kepala mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa terbaring dan tidak sedarkan diri di tepi pokok tempat buruh terbabit berlindung,

“Sejurus kejadian itu, rakan mangsa bergegas memeriksa buruh terbabit dan mendapati sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,

“Susulan kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka pada jam 17:39 petang semalam.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini,

Mohamad Zamri, sebaik mendapat laporan lima anggota polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat buruh ladang terbabit dalam keadaan terbaring.

Menurutnya, pemeriksaan luaran ke atas tubuh badan simati dapati tiada sebarang kesan lebam atau luka boleh dikaitkan dengan perbuatan khianat.

Katanya, pemeriksaan di persekitaran lokasi dapati terdapat kesan panahan petir pada pokok rambai tempat buruh ladang terbabit berteduh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini