comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua lelaki tetak penternak kambing di Perepat

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao.

KLANG: Seorang lelaki yang juga penternak kambing maut selepas dua lelaki menetaknya dengan parang di beberapa bahagian di Kampung Perepat, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kejadian berlaku sekitar jam 5.15 petang, ketika mangsa berusia 46 tahun sedang mengheret kambing.

Ketika kejadian, dua suspek didakwa menaiki sebuah motosikal dipercayai menghampiri mangsa dan terus menetak lelaki itu dan menolaknya dalam semak berhampiran.

“Mangsa yang cedera di kepala, tangan dan badan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan,”.

Justeru, polis kini sedang mengesan dua suspek dan meminta kerjasama awam yang mempunyai maklumat kes ini, agar menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Hanis Idris di 019-909 9763.

Orang ramai turut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini