comscore
Tumpuan :
Nasional

ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman – Kaunselor EU

Foto: Eastern Sabah Security Command / Facebook

 

LAHAD DATU:  Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).

Menurut Kaunselor Pertama Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Joanna Wasiewska, pengamal EU amat berterima kasih kerana berpeluang belajar secara langsung daripada pihak keselamatan tempatan di ESS ZONE bersama ESSCOM.

“Kami berterima kasih atas peluang yang diberikan ini yang membolehkan kerjasama dan pembinaan kapasiti pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi ESSCOM di sini hari ini.

Siang tadi, Joanna bersama delegasi pakar EU melawat pusat arahan ESSCOM.

Sementara itu, Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos mengalu-alukan sebarang peluang untuk terlibat dalam pertukaran rakan setara terutamanya dengan rakan sejawatan EU mereka.

“Memandangkan pelbagai aktiviti haram, sejarah dan pelbagai tujuan jenayah serta ideologi yang terlibat, kawasan sempadan maritim ini tetap menjadi keutamaan keselamatan negara untuk masa hadapan.

“Malaysia dan EU boleh saling belajar dan menyokong dalam membina kerjasama keselamatan yang lebih kukuh,” katanya.

Beliau berkata pelawat dari EU digalakkan dan dialu-alukan ke negeri terindah Sabah kerana ESS ZONE ialah kawasan selamat.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini