comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Tragedi berdarah 1 Ramadan

 

FAIL MAHKAMAH: Siapa sangka tarikh 1 Ramadan menjadi tragedi berdarah buat keluarga Mohd Fadzil Mohammad.

Mohd Fadzil kehilangan tiga anaknya angkara ditetak dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh, Perak pada 17 Mei 2018.

Asisten Superintendan (ASP) Mohd Subkey Alias.

Menurut Asisten Superintendan (ASP) Mohd Subkey Alias, suspek dipercayai menceroboh kediaman mangsa sebelum membunuh anak-anak dan mencederakan isteri Mohd Fadzil.

“Terdapat kesan tetakkan oleh senjata yang tajam di bahagian pintu hadapan rumah yang mana kita percaya pada waktu itu telah dilakukan oleh suspek untuk menceroboh masuk ke dalam rumah.

“Penelitian awal mendapati terdapat tiga mangsa iaitu kanak-kanak telah pun meninggal dunia di dalam rumah tersebut.

“Kita dapati kanak-kanak ini terdapat beberapa kesan luka tetakkan pada bahagian kepala, leher dan juga badan dan keadaan rumah ketika itu dipenuhi dengan darah,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Amukan yang pada mulanya disyaki disebabkan oleh gangguan mental, kemudian disahkan berpunca daripada penyalahgunaan dadah.

Sumber: NSTP

Berdasarkan laporan pihak polis, suspek didapati mengambil dadah jenis methamphetamine dan ganja dalam penggunaan seharian.

Selain daripada pengaruh dadah, perselisihan faham juga menjadi punca pembunuhan tersebut.

Menurut Mohd Fadzil, berlaku sedikit salah faham diantara beliau dan juga suspek, Shahrul Pitri Jusoh.

Mohd Fadzil Mohammad.

“Sebelum kejadian dia macam tak puas hati la dia macam saya bayar gaji dia tak cukup, dia cakap macam orang bagitahu saya dapat lebih.

“Perubahan dia masa dekat puasa. Dia ajak saya pergi kerja tapi masa tu cuti nak puasa cuma saya cakap hari ni tutup, cuti kita rehat dekat rumah.

“Selepas itu, dia rasa macam saya tak nak pergi kerja dengan dia. Dia kata saya macam buang dia la,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Foto: NSTP

Tertuduh, Shahrul Pitri Jusoh dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan penjara 12 tahun bagi empat pertuduhan, cubaan membunuh dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya kepada empat individu lain.

Tertuduh, Shahrul Pitri Jusoh. – Foto: NSTP

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam, malam ini di TV3 atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini