comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Saingan 4 penjuru di PRK KKB


Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

HULU SELANGOR: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu menyaksikan saingan 4 penjuru membabitkan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon bebas.

Calon PH, Pang Sock Tao dicabar calon PN, Khairul Azhari Saut.

Manakala dua lagi calon yang turut menyerahkan borang pencalonan ialah Nyau Ke Xin dan Hafizah Zainuddin.

Berdasarkan Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding hingga 11.59 malam, 10 Mei.

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada PRN Ogos tahun lalu Kee Hiong daripada PH mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,119 undi dalam saingan tiga penjuru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini