comscore
Tumpuan :
Nasional

Hampir 10,000 hadir berbuka puasa bersama PM

 

Oleh: Aslina Abu Bakar

PUTRAJAYA: Hampir 10,000 orang membanjiri Bulatan Dataran Putra, di sini, hari ini untuk berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis Iftar Madani itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) bersempena cuti Nuzul Quran hari ini.

Perdana Menteri yang mengenakan baju melayu berwarna biru Laut tiba pada jam 6:57 petang bersama isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Sebelum berbuka, Perdana Menteri turut menyaksikan simbolik penyampaian sumbangan berjumlah RM110,000 kepada wakil Asnaf di Wilayah Persekutuan dan beramah mesra bersama orang ramai yang hadir.

Usai berbuka, Perdana Menteri menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di masjid berkenaan.

Sebelum itu, pengagihan 12,000 pek Nasi Arab dan Bubur Lambuk Kampung Baru kepada orang ramai diagihkan sekitar jam 6 petang.

Antara acara menarik sepanjang majlis adalah persembahan nasyid kumpulan Zawfan dan Awla, tazkirah santai Ustaz Norazam Bahadur dan
Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee serta Tausiyah Ramadan oleh Ketia Sekretariat Duat al Falah, Ustaz Abdul Hadi Bakri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini